BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 23, 2010

Exam...Exam...Exam...

Mood Exam kembali lagi... semester demi semester berlalu tanpa disedari.. x terasa guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ambilan Julai 2009 sudah berada di penghujung Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda (PPISMP). PPISMP akan bertukar PISMP... saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar Pra-Ijazah IPG... oleh itu, mood exam bagi semua pelatih PPISMP semester 3 di semua Institut Pendidikan Guru amat berlainan sekali.. peperiksaan kali ini mejadi medan bagi semua guru pelatih PPISMP khususnya untuk memperbaiki gred purata masing-masing yang mana kemungkinannya tidak memuaskan hati pada semster2 lepas.. oleh itu, kepada kawan2 d luar sana doakan kejayaan kami.. kepada kawan2 sepengajian, selamat berjaya!! we can do better than what we've do last semster... keep holding on!!  :) :)



Friday, October 22, 2010

SUKAN & REKREASI PPISMP SEMESTER 3, IPG KAMPUS KENINGAU SABAH

Pada 29, 30, dan 31 September yang lalu, IPG Kampus Keningau dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah melaksanakan program Sukan dan Rekreasi. Program Sukan dan Rekreasi merupakan salah satu amali wajib yang terkandung didalam sukatan pelajaran Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Semester 3 bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor atau major. Program ini dilaksanakan bukan sahaja untuk memenuhi kandungan sukatan pelajaran malahan untuk mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas di samping menjalankan kajian empirikal untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jitu mengenai elemen-elemen pendidikan luar bilik darjah.

Dalam program sukan rekreasi ini, seramai 56 guru pelatih telah terlibat, terdiri daripada 3 opsyen iaitu opsyen PPISMP BM/PJ/KS, PPISMP BM/PJ/PSV, dan PPISMP PJ/BI/BM. Gambar berikut merupakan kenangan yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung... enjoy... :)



Pelatih Opsyen PPISMP BM/PJ/KS SEM. 3 2010, sedia untuk menempuh cabaran dalam program sukan dan rekreasi



Pelatih PPISMP BM/PSV dan PPISMP BM/KS



Bertolak ke tapak perkhemahan, PULAKO IPG Kampus Keningau Sabah



Jalan, jangan tak jalan... hihihi



Di tapak perkhemahan



khemah yang comel2 belaka, hahaha



Makan time (setelah penat menguruskan khemah masing-masing)



Bersedia dengan jaket keselamatan untuk mengharungi aktiviti air



Tak sabar nak masuk sungai.... lol



BM/PJ/KS tetap mantap!!



Beratur untuk aktiviti "river crossing"



 Gelagat pelatih dalam river crossing



Antara pelatih yang berjaya menyeberang



Awal2 sudah nak nangis, apa mcm tu... haha



huaaaa...uwaaaa.... kenyangnya perut minum air... hahaahh



we love the view 



Dalam slot team building



Bersedia untuk aktiviti abseiling



Bersiap sedia dengan peralatan penurunan


Curam, menakutkan dan tinggi... cabaran yang benar-benar menggugat keberanian pelatih



Pull in abseiling



Sungai dari pandangan atas lokasi abseiling (tinggi sungguh)



Baiklah, nampaknya anda semua dah lihat gambar2 amali sukan dan rekreasi ini. Terdapat banyk lagi gambar, tp x larat sy nak upload... kepada pelatih-pelatih yang telah menyertai program ini, tahniah kerana telah melaluinya dengan jaya. Kepada barisan pensyarah dan fasilitator, terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang program ini berlangsung... :)





Thursday, October 21, 2010

Tahukah anda??

  • KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua. 
          • KUCING adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa. 
          • Sebatang PENSEL mampu menghasilkan garis lurus sehingga 56km. Jika 2 bilion pensel ia mampu mengelilingi dunia sebanyak 9 kali. 
            • Raja RAMA RAMA mempunyai deria rasa sebanyak 12,000 kali ganda dari manusia. 
            • Anda dikehendaki melalui 1792 anak tangga untuk sampai kepuncak menara EIFFEL. 
            • JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas. 
            • Gunung berapi terbesar di alam semesta adalah OLYMPUS MONS yang terletak di planet Marikh. 
            • Ikan HARUAN mampu mengesan 27000 jenis bau skali gus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau. 
            • Nisbah SEMUT dengan manusia adalah 1,000,000:1 
            • Tanduk BADAK SUMBU bukanlah dari tulang, tetapi ia hanyalah dari bulu yg terkumpul dan padat.
            • BATU KARANG terbesar dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 1.36kg .


              show submisison details