BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 22, 2010

SUKAN & REKREASI PPISMP SEMESTER 3, IPG KAMPUS KENINGAU SABAH

Pada 29, 30, dan 31 September yang lalu, IPG Kampus Keningau dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah melaksanakan program Sukan dan Rekreasi. Program Sukan dan Rekreasi merupakan salah satu amali wajib yang terkandung didalam sukatan pelajaran Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Semester 3 bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor atau major. Program ini dilaksanakan bukan sahaja untuk memenuhi kandungan sukatan pelajaran malahan untuk mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas di samping menjalankan kajian empirikal untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jitu mengenai elemen-elemen pendidikan luar bilik darjah.

Dalam program sukan rekreasi ini, seramai 56 guru pelatih telah terlibat, terdiri daripada 3 opsyen iaitu opsyen PPISMP BM/PJ/KS, PPISMP BM/PJ/PSV, dan PPISMP PJ/BI/BM. Gambar berikut merupakan kenangan yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung... enjoy... :)



Pelatih Opsyen PPISMP BM/PJ/KS SEM. 3 2010, sedia untuk menempuh cabaran dalam program sukan dan rekreasi



Pelatih PPISMP BM/PSV dan PPISMP BM/KS



Bertolak ke tapak perkhemahan, PULAKO IPG Kampus Keningau Sabah



Jalan, jangan tak jalan... hihihi



Di tapak perkhemahan



khemah yang comel2 belaka, hahaha



Makan time (setelah penat menguruskan khemah masing-masing)



Bersedia dengan jaket keselamatan untuk mengharungi aktiviti air



Tak sabar nak masuk sungai.... lol



BM/PJ/KS tetap mantap!!



Beratur untuk aktiviti "river crossing"



 Gelagat pelatih dalam river crossing



Antara pelatih yang berjaya menyeberang



Awal2 sudah nak nangis, apa mcm tu... haha



huaaaa...uwaaaa.... kenyangnya perut minum air... hahaahh



we love the view 



Dalam slot team building



Bersedia untuk aktiviti abseiling



Bersiap sedia dengan peralatan penurunan


Curam, menakutkan dan tinggi... cabaran yang benar-benar menggugat keberanian pelatih



Pull in abseiling



Sungai dari pandangan atas lokasi abseiling (tinggi sungguh)



Baiklah, nampaknya anda semua dah lihat gambar2 amali sukan dan rekreasi ini. Terdapat banyk lagi gambar, tp x larat sy nak upload... kepada pelatih-pelatih yang telah menyertai program ini, tahniah kerana telah melaluinya dengan jaya. Kepada barisan pensyarah dan fasilitator, terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang program ini berlangsung... :)





0 comments: